Karnival Stem & Tvet Madani Di Smk (F) Bandar Baru Serting

14 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

13 Jun 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah dijemput untuk pembukaan reruai NADI di Karnival Stem & Tvet Madani Di SMK(F) Bandar Baru Serting.

NADI Kluster Jempol Utara dan Selatan telah menyertai Karnival STEM & TVET MADANI di SMK (F) Bandar Baru Serting dengan membuka reruai pameran bagi memperkenalkan pelbagai inisiatif digital kepada pelajar dan komuniti. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Kempen Internet Selamat bagi meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan internet secara berhemah dan selamat, pendaftaran peserta baharu NADI serta pengenalan aplikasi Nexus. Pengunjung turut diberikan penerangan mengenai inisiatif kerajaan seperti MYFutureJobs dan aplikasi PriceCatcher yang membantu pengguna membandingkan harga barangan dan mendapatkan maklumat peluang pekerjaan dengan lebih mudah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali